Persatuan EIO & TSO
Selamat datang ke
Forum EIO & TSO

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.


Join the forum, it's quick and easy

Persatuan EIO & TSO
Selamat datang ke
Forum EIO & TSO

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.
Persatuan EIO & TSO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» Tell us about yourself!
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 11:10 am by Kashah

» 9 Pembunuhan Kejam Di Malaysia
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 11:05 am by Kashah

» Adam Corrie (Muallaf) Dihina Selepas Masuk Islam
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 10:32 am by Kashah

» Pemuda maut dibelasah gara-gara mencuri pisang
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 10:20 am by Kashah

» Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 9:19 am by Kashah

» Restore Fail Ghost Kepada Partition
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptyMon Feb 25, 2013 8:58 am by Admin

» Etika & Peraturan Section Politik
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptySat Feb 23, 2013 2:52 am by Admin

» Sistem Points & Reputation
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptySat Feb 23, 2013 2:35 am by Admin

» Facebook Connect
Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  EmptySat Feb 23, 2013 2:32 am by Admin

May 2024
SunMonTueWedThuFriSat
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar


Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak

Go down

Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  Empty Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak

Post by Kashah Mon Feb 25, 2013 9:19 am

Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  Ne_03.1
MEK YA menunjukkan parang yang digunakan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Parit Tanjung
Piandang Tengah, Parit Buntar semalam.

PARIT BUNTAR - Seorang penyamun yang menceroboh masuk rumah seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Parit Tanjung Piandang Tengah dekat sini semalam menghulurkan wang tunai RM20 dan memohon dihalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, warga emas yang mahu dikenali sebagai Mek Ya, 75, kerugian RM3,000 apabila wang tunai dan rantai leher miliknya dilarikan seorang penjenayah yang masuk ke rumahnya.

Menceritakan kejadian tersebut, Mek Ya berkata, dia yang kematian suami sejak beberapa tahun lalu bangun daripada tidur untuk mengambil wuduk di bilik air, tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang.

"Sebaik menoleh ke belakang, muka saya ditampar berkali-kali manakala leher diacu parang. Selepas itu saya nampak seorang lelaki tanpa menutup muka mengugut untuk mencederakan saya jika saya menjerit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut warga emas itu lagi, dia kemudian dibawa ke ruang tamu rumah dan diminta duduk diam manakala penjenayah itu pula menggeledah rumahnya.

Mek Ya memberitahu, kira-kira setengah jam selepas menggeledah, suspek menjumpai wang tunai berjumlah RM2,000 yang disimpan di bawah tilam di bilik tidurnya.

Wang tersebut merupakan wang simpanannya yang menyara hidup dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mek Ya tiada zuriat dan hidup di rumah yang dibina di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Penjenayah itu kemudian merentap kasar rantai leher bernilai RM1,000 yang saya pakai.
"Sebelum penjenayah itu meninggalkan saya, saya merayu agar dipulangkan wang dan rantai leher saya kerana itu saja harta yang saya ada," katanya.

Dia memberitahu, penjenayah itu yang dipercayai warga tempatan mungkin tersentuh dengan rayuannya lalu memulangkan wang tunai RM20 sebelum meminta dia menghalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Mek Ya pasrah dengan ujian Allah tersebut bagaimanapun dia tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah terbabit.
Warga emas itu memberitahu, dia percaya penyamun tersebut menceroboh rumahnya melalui tingkap bilik air berdasarkan dua rangka besi cermin tingkap yang patah.


Difahamkan, penjenayah yang menceroboh masuk rumah Mek Ya turut masuk ke sebuah rumah lain di kampung sama sebelum itu menyebabkan pemilik rumah terbabit hilang sebuah basikal, telefon bimbit dan wang tunai RM40.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kes tersebut.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

p/s: siap mintak halal lagi tu Penjenayah rayu nenek halal barang dirompak  1782355874
Kashah
Kashah
Newbie
Newbie

Posts : 13
Points : 21
Reputation : 0
Join date : 25/02/2013

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum